Wednesday, January 2, 2013

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia kepada semua gamer semalaya (se-Malaysia). Setelah sekian lama aku meninggalkan dunia gaming blog ni akhirnya aku rasa terpanggil untuk memulakan semula misi yang terhenti dulu.

Mungkin ada yang perasan tentang blog Gamer Semalaya ni yang pernah suatu ketika dulu agak gah di sekitar tahun 2009 dengan berita-berita terkini dunia games. Aku juga merupakan salah seorang penulis jemputan blog tersebut.

Blog ini tidak ada kaitan dengan blog asal Gamer Semalaya yang dimulakan oleh saudara Ijann. Di sini aku ingin membuat beberapa pembaharuan ke atas aspek-aspek tertentu contohnya subjek apa yang menjadi tumpuan dan berapa kerap blog ini akan di-update.

Jika dulu misi terhenti kerana sebahagian besar penulis Gamer Semalaya ada yang merupakan pelajar yang hampir menamatkan pengajian dan ada yang baru bekerja jadi boleh dikatakan pada masa itu kitorang semua agak sibuk atas komitmen masing-masing. Sekarang dengan keadaan yang sudah agak stabil aku berharap blog ini akan aktif semula.

Ya, blog ini akan ditulis dalam bahasa Melayu sepertimana blog asalnya dulu. Aku juga sedang dalam proses mendapatkan domain untuk blog ni, kalau boleh nak guna domain yang dulu jugak la. Aku juga menerima permohonan untuk menjadi penulis jemputan. Aku tak perlu korang jadi hardcore gamer untuk jadi penulis jemputan, cukuplah sekadar korang sentiasa peka ke atas update dunia gaming dan boleh menterjemah sumber dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu untuk dipos dalam blog ini. Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun 2013, dan pemohon mesti mempunyai akaun Google+ yang aktif sebagai kelayakan.

Akhir kata selamat ber-gaming dan ber-blog!